Friday, April 25, 2008

Lagu Sekolah

Madrasah Tok Jiring sekolah kami,
Saban hari kau kami kunjungi,
Mendidik kami ilmu dan adab,
Sedari kecil segalanya dimulakan,
Sekolah kami...

Kau bonda kami… kekasih kami,
Kau tunjukkanlah jalan ke syurga,
Kau bonda kami… sekolah kami,
Kekasih kami…
Kau disanubari,

Subur bersama hidup kami,
Tanpamu kami takkan jadi insan,
Berilmu, beradab, pintar dan ikhlas,
Kami sayang…selamanya…

Monday, April 21, 2008

LOGO & MOTO

PENERANGAN LOGO


MERAH: Pelita Melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup. Api yang bernyala melambangkan keberanian dan kegigihan dalam perjuangan menuntut ilmu.

KUNING: Perisai melambangkan ilmu sebagai benteng penghalang unsur-unsur negatif dalam kehidupan. Warna kuning melambangkan sinar kehidupan yang terang benderang.

PUTIH: Melambangkan tulus dan ikhlas dalam menuntut ilmu agar dapat melaksanakannya dengan amanah dan jujur.

HIJAU: Meletakkan ilmu sebagai wadah kehidupan yang luhur dalam iklim persekolahan.



MOTTO -

ILMU ITU CAHAYA

Misi & Visi SMKA Tok Jiring

MISI
Melahirkan insan berilmu dan mengamalkan cara hidup Islam yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara dan ummah

VISI
SMKA Tok Jiring cemerlang menjelang 2010

Bekas Pengetua

  • Tuan Guru Haji Abbas bin Mohammed (Pengasas) (1953-1958)
  • Ustaz Abdullah bin Taib (1958-1960)
  • Ustaz Abdul Rahman bin Taib (1960-1965)
  • Tuan Haji Rahman bin Haji Awang (1965-1974)
  • Tuan Haji Lub Yussof bin Abdul Rahman (1974-1978)
  • Ustaz Wan Mustaffa bin Wan Abdul Latif (1978-1983)
  • Tuan Haji Muhammad Sahapien bin Haji Mat Zin (1983-1986)
  • Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Ngah (1986-1989)
  • Tuan Haji Nawawi bin Haji Salleh (1989-1999)
  • Puan Hajjah Hindong binti Ali (1999-2006)

Organisasi 2008

  • Pengetua : Puan Hajah Zakiah bt Salleh
  • Penolong Kanan 1: Encik Awi bin Salleh
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Encik Harun bin Mohamad
  • Penolong Kanan Kokurikulum: Encik Kamarulzaman bin Ismail

Piagam SMKA Tok Jiring

  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar kami.
  • Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat peluang belajar yang optimum.
  • Kerjasama yang erat di kalangan ahli masyarakat dalam dan luar sekolah.
  • Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
  • Tahap yang cemerlang menjadi motto dan konsep kami.
  • Organisasi yang peka, prihatin dan penyayang.
  • Kesihatan fizikal dan mental masyarakat sekolah.
  • Jasa bakti yang berterusan dan berpanjangan.
  • Imaginatif, inovatif, kreatif, proaktif dan produktif.
  • Ramah mesra dan tatasusila.
  • Iklim perkhidmatan dan persekitaran sekolah yang bersih dan harmoni.
  • Norma dan nilai-nilai mulia diamalkan.
  • Generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertaqwa dilahirkan

Sejarah Penubuhan

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dibuka pada tahun 1953 dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya 180 orang.

Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala sistem pengajian pondok telah ditukar kepada sistem pengajian agama dan arab.

Tanggal 1 Julai 1977 menjadi tarikh keramat apabila sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred A.

Dalam sejarahnya selama kira-kira setengah abad, sekolah ini berkembang maju menjadi sebuah institusi pendidikan terkemuka di Terengganu setanding dengan sekolah-sekolah ternama di tanah air.